awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat Jepun di Malaysia wajar fokus bidang teknologi tinggi - Najib

Bernama
Bernama
12/12/2013
05:31 MYT
Syarikat Jepun di Malaysia wajar fokus bidang teknologi tinggi - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika mengadakan sidang media bersama selepas perbincangan dua hala - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaburan syarikat Jepun di Malaysia pada masa akan datang perlu lebih tertumpu kepada bidang yang dapat meningkatkan rantaian nilai serta berfokuskan teknologi tinggi.
Bercakap pada sidang media bersama rakan sejawatannya, Shinzo Abe, selepas mesyuarat dua hala selama 45 minit di Kediaman Rasmi Perdana Menteri Jepun (Sori Kantei) di sini, Najib berkata beliau menyuarakan perkara itu kepada Abe, dengan mengambil kira transformasi yang berlaku di Malaysia pada masa ini serta hakikat bahawa Malaysia kini dianggap sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi.
"Saya menyebut bidang seperti teknologi hijau dan teknologi boleh baharu, pelupusan sisa serta kerjasama dalam PKS (perusahaan kecil dan sederhana)," kata Najib.
Najib tiba di sini pagi ini dalam rangka lawatan kerja empat hari sempena sidang kemuncak ulang tahun ke-40 hubungan dialog Asean-Jepun.
Perdana Menteri berkata syarikat-syarikat Jepun boleh memanfaatkan kekuatan mereka jika memberi tumpuan dan membuat pelaburan dalam bidang teknologi tinggi.
Topic Berkaitan
#Japan
#lawatan
#najib
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan