awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan Jepun naikkan surcaj bahan api penerbangan antarabangsa mulai Jun

Astro AWANI
Astro AWANI
02/04/2026
02:57 MYT
Syarikat penerbangan Jepun naikkan surcaj bahan api penerbangan antarabangsa mulai Jun
Bagi penerbangan ke China, surcaj ANA dijangka meningkat sebanyak 4,900 yen kepada 14,300 yen, manakala surcaj JAL akan meningkat 5,000 yen kepada 12,400 yen. -Gambar fail
Japan Airlines (JAL) dan All Nippon Airways (ANA) dijangka menaikkan surcaj bahan api bagi penerbangan antarabangsa mulai Jun susulan kenaikan harga minyak di tengah-tengah konflik di Asia Barat, lapor Xinhua.
Surcaj bahan api bagi penerbangan ke Eropah dan Amerika Utara pada Jun dan Julai dirancang mencecah 55,000 yen (kira-kira US$346) bagi ANA, meningkat 23,100 yen berbanding April dan Mei, manakala JAL dijangka menaikkan surcaj sebanyak 21,000 yen kepada 50,000 yen, lapor Kyodo News pada Rabu.
Bagi penerbangan ke China, surcaj ANA dijangka meningkat sebanyak 4,900 yen kepada 14,300 yen, manakala surcaj JAL akan meningkat 5,000 yen kepada 12,400 yen.
Surcaj bagi penerbangan ke Korea Selatan dan Rusia berkemungkinan meningkat dua kali ganda bagi kedua-dua syarikat daripada sekitar 3,000 yen, sekali gus mencatat paras tertinggi di bawah sistem penetapan harga semasa.
Langkah itu dijangka menjejaskan cuti musim panas dan melemahkan permintaan perjalanan, menurut laporan itu.
Syarikat penerbangan berkenaan menyemak surcaj setiap dua bulan bagi menangani turun naik harga bahan api dan kadar pertukaran mata wang, dengan harga pada Februari dan Mac diambil kira dalam surcaj bagi Jun dan Julai.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Jepun
#syarikat penerbangan
#bahan api
#surcaj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan