awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syor tubuh Majlis Pemulihan Negeri - Muhyiddin

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/09/2021
06:30 MYT
Syor tubuh Majlis Pemulihan Negeri - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh menyantuni penduduk sekitar Pagoh Jaya hari ini. - Foto Astro AWANI
PAGOH: Majlis Pemulihan Negara, (MPN) mencadangkan agar majlis seumpama itu ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu bagi memudahkan segala bentuk usaha pemulihan yang dilaksanakan kerajaan dapat diterima di peringkat akar umbi dengan lebih berkesan dan pantas.
“Penubuhan Majlis Pemulihan Negeri mungkin dipimpin Menteri Besar atau Ketua Menteri. Di bawahnya adalah jawatankuasa tindakan daerah yang sedia ada.
“Boleh kita bagi peranan lebih untuk melihat aspek pemulihan. Ini akan membantu kita mengetahui lebih dekat dan terperinci apa sebenarnya yang ada di bawah. Yang kita ambil di peringkat nasional ini bawa kesan sampai ke bawah dalam jangkamasa yang tidak terlalu lama,” katanya di sini hari ini.
Pemulihan Negara | Cadang wujudkan MPN peringkat negeri, daerah
Menurut Muhyiddin lagi, cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri akan dibincangkan dalam mesyuarat MPN, Isnin ini.
Hasil perbincangan itu ujarnya, akan dikemukakan di Kabinet untuk persetujuan perdana menteri.
Jika dipersetujui katanya, pimpinan majlis berkenaan akan membentuk jawatankuasa tindakan di peringkat bawahan agar kesan pemulihan dapat dirasai rakyat bawahan.
Jelas beliau, pihaknya amat menyedari bahawa pandemik COVID-19 memberi kesan besar kepada ekonomi rakyat.
Justeru tegasnya, peranan pemimpin akar umbi amat penting untuk digerakkan dalam usaha memulihkan ekonomi rakyat.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh menyantuni penduduk sekitar Pagoh Jaya.
Beliau menghulurkan bantuan bakul makanan selain keperluan asas bagi penduduk yang menghadapi penyakit kronik selain meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga di Pasar Tani Pagoh Jaya.
Topic Berkaitan
#MPN
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#pemulihan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan