awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syukur umur sampai 94 tahun, ia suatu bonus - Tun Dr Mahathir

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
03/06/2020
11:07 MYT
Syukur umur sampai 94 tahun, ia suatu bonus - Tun Dr Mahathir
Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau juga bersyukur melayari alam perkahwinan selama 60 tahun dengan seorang sahaja isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. - Gambar Astro AWANI
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kesyukuran apabila umurnya kini sudah mencecah 94 tahun, lebih lama daripada jangkaan beliau.
Menurutnya, umur yang panjang sebegitu merupakan bonus buatnya.
“Saya bersyukur saya dapat hidup lebih lama berbanding yang saya jangkakan. Saya fikir 75 tahun sudah cukup pada saya tapi sekarang saya sudah 94 tahun, ini adalah bonus dan saya sangat bersyukur.
“Ini adalah satu perkara yang saya tidak boleh dapat macam itu sahaja. Tapi saya dapat hidup selama ini, saya fikir saya patut gunakan hidup saya sebaiknya sebab ini adalah bonus buat saya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditanya perkara yang paling disyukurinya ketika menyertai sesi sidang video atas talian, Creative Talk Show anjuran Creative Cloud Community pada Rabu.
Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau juga bersyukur melayari alam perkahwinan selama 60 tahun dengan seorang sahaja isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
“Saya bersyukur berkahwin selama 60 tahun dengan seorang saja, saya bersyukur dengan itu. Ada juga saya lihat ramai orang bosan dengan satu orang tapi saya tidak,” katanya.
Dr Mahathir mencatat sejarahnya tersendiri apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018.
Begitupun, beliau meletak jawatan pada 24 Februari lepas yang menyaksikan pergolakan politik melanda negara sehingga menyebabkan PH pula tumbang dan kini digantikan Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#bonus
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#menteri
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#perkahwinan
#PH
#PN
#politik
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan