awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tadika Pasti, dua premis di Kg Jalan Kebun terbakar

Bernama
Bernama
26/04/2023
07:20 MYT
Tadika Pasti, dua premis di Kg Jalan Kebun terbakar
Anggota JBPM berusaha memadam api dalam kejadian kebakaran yang melibat tiga premis di Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 hari ini. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Sebuah bangunan tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Kg Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.37 tengah hari dan sepasukan anggota dari empat balai bomba dikerah ke lokasi kejadian.
"Dilaporkan kebakaran melibatkan sebuah Sekolah Pasti dua tingkat berukuran (40 x 80 k/p) bangunan kelas B.
"Ketika bomba sampai di lokasi, api telah merebak ke bangunan kedai dan rumah bersebelahan sekolah tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata api berjaya dikawal pada 1.22 tengah hari dan proses pemadaman sedang dijalankan oleh pihak bomba.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tadika pasti
#Kg Jalan Kebun
#Seksyen 30
#pusat asuhan tunas islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan