awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kematangan berpolitik golongan muda membimbangkan - Pensyarah

Bernama
Bernama
09/11/2015
09:55 MYT
Tahap kematangan berpolitik golongan muda membimbangkan - Pensyarah
Generasi muda perlu memantapkan ilmu dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai senario politik negara. - Gambar hiasan
Tahap kematangan politik dalam kalangan golongan muda adalah membimbangkan kerana kebanyakan daripada mereka belum mempunyai pengetahuan politik yang mencukupi.
Pensyarah Kanan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata kebanyakan daripada mereka hanya bertindak sebagai pasukan sorak atau penyokong atas pagar dengan sekadar membaca, melihat dan mendengar di laman-laman sosial seperti Facebook dan YouTube.
Beliau turut mempersoalkan sama ada golongan muda membuat justifikasi yang tepat hanya dengan merujuk kepada media sosial sebagai sumber pengetahuan politik.
Menyedari hakikat bahawa golongan ini 'berdarah muda' dan sentiasa menganggap mereka betul, Noor Sulastry Yurni berkata adalah lebih baik sekiranya mereka memantapkan ilmu dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai senario politik negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel Persidangan Kepimpinan Wanita Muda ASEAN 2015 (AYWLC) di sini, hari ini.
Menurut pensyarah sosiologi itu, kebanyakan daripada golongan belia yang sentiasa mahukan perubahan dalam landskap politik negara atas alasan sudah muak dengan parti pemerintah, sebenarnya belum mempunyai pengetahuan politik yang mencukupi.
"Sebagai contoh, ada yang marah apabila GST (cukai barang dan perkhidmatan) dilaksanakan hanya kerana ia melibatkan Barisan Nasional sebagai parti yang memerintah, sedangkan ada antara mereka sendiri tidak tahu maksud GST.
Namun, adakah golongan ini yakin perubahan yang diingini boleh menjadi kenyataan sekiranya berlaku perubahan kepada sistem pentadbiran negara?" katanya.
Beliau berkata jika golongan muda benar-benar sudah matang dalam pengetahuan politik, mereka akan memperjuangkannya secara bersungguh-sungguh dengan menyertai sesebuah parti politik.
Persidangan dua hari yang bermula hari ini disertai lebih 500 peserta dalam kalangan wanita muda dari negara-negara ASEAN dengan pelbagai latar belakang.
Ia bertujuan memperkasakan pemimpin wanita muda dalam bidang pelbagai bidang khususnya ekonomi, pendidikan dan sosio-budaya.
Topic Berkaitan
#AYWLC
#Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad
#golongan muda
#Persidangan Kepimpinan Wanita Muda ASEAN
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan