awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kesihatan Pesuruhjaya Pas Perlis tunjuk perkembangan positif

Bernama
Bernama
06/10/2019
01:57 MYT
Tahap kesihatan Pesuruhjaya Pas Perlis tunjuk perkembangan positif
Pas Perlis berharap agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan Mohd Shukri.
Keadaan kesihatan Pesuruhjaya Pas Perlis Mohd Shukri Ramli yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, selepas dipercayai terkena serangan jantung baru-baru ini, menunjukkan perkembangan positif pagi ini.
Ketua Penerangan Pas Perlis Dr Saifizi Saidon berkata sejak semalam, Mohd Shukri sudah mampu membuka mata serta menggerakkan tangannya, manakala tekanan darahnya semakin stabil.
"Pihak hospital juga telah mengurangkan ubat bagi membantu jantung mengepam darah yang diberikan kepada beliau, kepada satu jenis sahaja," katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata Pas Perlis berharap agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang itu.
BACA: Pesuruhjaya Pas Perlis mula tunjukkan reaksi positif
BACA: 'Abah dah sedar, Abah buka mata, cari Mama'
Dalam kejadian kira-kira 10 malam 29 Sept lepas, Mohd Shukri rebah selepas dipercayai terkena serangan jantung ketika berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat Perlis di Dewan 2020 di Kangar, Perlis.
Beliau kemudiannya dimasukkan ke Unit Penjagaan Jantung Hospital Tuanku Fauziah di Kangar sebelum dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut pada 1 Okt lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#adun sanglang
#Ceramah Perdana
#Hospital
#Hospital Sultanah Bahiyah
#Hospital Tuanku Fauziah
#Mohd Shukri Ramli
#PAS
#perkembangan positif
#Perlis
#Pesuruhjaya PAS Perlis
#rebah
#Saifizi Saidon
#serangan jantung
#solat hajat
#stabil
#tekanan darah
#ubat
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan