awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahun Melawat Perlis: Polis pastikan kawasan tumpuan pelancong selamat dikunjungi

Bernama
Bernama
16/12/2023
20:20 MYT
Tahun Melawat Perlis: Polis pastikan kawasan tumpuan pelancong selamat dikunjungi
Polis Perlis akan memastikan kawasan tumpuan pelancong di negeri itu terkawal dan selamat bagi meyakinkan semua pengunjung serta penduduk setempat menjelang penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024-2025. - Gambar hiasan
PADANG BESAR: Polis Perlis akan memastikan kawasan tumpuan pelancong di negeri itu terkawal dan selamat bagi meyakinkan semua pengunjung serta penduduk setempat menjelang penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, untuk itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis melancarkan operasi bersepadu pencegahan jenayah dan penyeludupan bagi kawasan pentadbiran daerah Padang Besar hari ini sebelum diperluaskan ke kawasan lain secara beperingkat.
"Fasa awal ini, tumpuan kepada daerah Padang Besar dulu, (sebab) pintu masuk utama Perlis ke negara jiran adalah (di) Padang Besar, jumlah kargo yang besar pun melalui Padang Besar, jadi untuk kawasan lain kita akan laksanakan (operasi itu) juga tetapi secara berperingkat," katanya.
Muhammad berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan operasi bersepadu itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, selain polis, operasi harian oleh kira-kira 150 anggota penguat kuasa itu turut melibatkan antaranya Kastam, Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).
"Operasi kita lancar hari ini dan kita akan maklum kemudian bila operasi akan ditamatkan, dan ia bergantung kepada keadaan pencapaian prestasi, kesan pelancaran operasi ini," katanya.
Sementara itu, Muhammad berkata, aktiviti penyeludupan migran dipercayai akan berlaku pada musim cuti dengan penyeludup dan ejen mereka dipercayai mengambil kesempatan membawa masuk migran semasa kesesakan orang ramai pada waktu tertentu.
Menurut beliau, terdapat 21 kes berkaitan Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM) direkodkan di Perlis bagi tempoh Januari hingga November lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kangar
#pelancong
#Tahun Melawat Perlis
#Polis Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan