awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak susut susulan harapan konflik Asia Barat hampir tamat
Lebih 40 peratus pelaburan baharu diagihkan keluar kawasan Perak Perdana
Semua mangsa nahas helikopter ditemui di Sekadau, Kalimantan Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman-taman Sabah pantau kejadian pembekuan ais di puncak Kinabalu

Bernama
Bernama
17/04/2026
00:46 MYT
Taman-taman Sabah pantau kejadian pembekuan ais di puncak Kinabalu
Ais ditemukan terbentuk di Sub Stesen Panalaban, Gunung Kinabalu dalam kawasan Taman Kinabalu, Kundasang, Ranau. - Foto Sinar Harian
Taman-Taman Sabah memantau kejadian pembekuan ais di kawasan substesen Panalaban Taman Kinabalu pada ketinggian kira-kira 3,272.7 meter dari aras laut, yang direkodkan semalam.
Taman-Taman Sabah menerusi kenyataan memaklumkan, fenomena itu berlaku susulan keadaan cuaca kering dan kelembapan udara yang rendah di kawasan Gunung Kinabalu sepanjang minggu ini.
“Keadaan itu menyebabkan penurunan suhu yang ketara di kawasan altitud tinggi, lalu mengakibatkan pembentukan ais pada permukaan tumbuhan dan persekitaran base camp (khemah induk) Panalaban,” menurut kenyataan itu hari ini.
Taman-Taman Sabah menjelaskan pembekuan ais merupakan fenomena semula jadi yang lazim berlaku secara berkala di kawasan altitud tinggi Gunung Kinabalu.
Fenomena itu juga berlaku terutamanya ketika cuaca cerah, kering, dan suhu menurun dengan ketara pada waktu malam hingga awal pagi, tambah kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, Taman-Taman Sabah menasihatkan pendaki, malim gunung, porter dan petugas di kawasan Panalaban supaya memakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca sejuk, kekalkan tahap hidrasi badan dan mematuhi arahan keselamatan daripada pengurusan serta petugas Taman-Taman Sabah.
“Pihak Taman-Taman Sabah akan terus memantau perkembangan cuaca dan suhu di kawasan altitud tinggi bagi memastikan keselamatan pengunjung dan petugas sentiasa terjamin,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Kinabalu
#pembekuan ais
#cuaca
#fenomena semula jadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan