awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Sri Rozhan Kuntom meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2014
04:24 MYT
Tan Sri Rozhan Kuntom meninggal dunia
Tan Sri Rozhan Kuntom kembali ke rahmatullah pagi ini di Institut Jantung Negara.
Bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan, iaitu Tan Sri Rozhan Kuntom kembali ke rahmatullah pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).
Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Bukit Damansara Kuala Lumpur. Solat jenazah akan disempurnakan di Masjid Umar Al Khattab selepas solat jumaat dan disemadikan di tanah perkuburan Taman Tun.
Beliau menerima pelajaran awal di Johor, kemudian ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Seterusnya beliau ke University of Malaya di Singapura sebelum ke Werton, New Zealand, Jepun , United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa dalam perkhidmatan Kerajaan.
Anak kelahiran Muar, Johor ini telah memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Kluang Johor, kemudian berkhidmat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan pelbagai jawatan tertinggi lain sehingga tahun 1963. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan TTDI pada tahun 2000.
Tan Sri Rozhan Kuntom pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari 1 Ogos 1985 sehingga 26 Januari 1987.
Topic Berkaitan
#IJN
#meninggal dunia
#Rohana Rozhan
#Rozhan Kuntom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan