awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah di Felda Sahabat 22 dan 23 kekal hak milik Felda

Reuters
Reuters
26/02/2026
03:04 MYT
Tanah di Felda Sahabat 22 dan 23 kekal hak milik Felda
Felda akan terus komited meneruskan pembangunan dan pengurusan ladang secara mampan demi kepentingan peneroka serta pembangunan ekonomi Sabah dan negara. - Foto FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengekalkan hak milik tanah seluas 400 hektar di Felda Sahabat 22 dan 23 susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam.
Menerusi kenyataan hari ini, Jabatan Komunikasi Strategik Felda memaklumkan agensi itu menghormati keputusan mahkamah yang membatalkan keputusan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah berhubung cadangan penyerahan tanah sebelum ini bagi dakwaan tuntutan berkaitan Tanah Adat Anak Negeri.
"Tanah itu diperoleh secara sah oleh Felda melalui pajakan selama 99 tahun berkuat kuasa 1 Jan 1984. Sejak 2009, kawasan ini menjadi subjek tuntutan oleh beberapa kumpulan yang mendakwa sebagai hak tanah adat.
"Bagi mendapatkan pencerahan isu ini, Felda membuat permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat sebelum ini. Dengan keputusan ini, tanah itu kekal di bawah hak milik Felda," menurut kenyataan tersebut.
Felda menegaskan akan terus komited meneruskan pembangunan dan pengurusan ladang secara mampan demi kepentingan peneroka serta pembangunan ekonomi Sabah dan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#felda sahabat
#Tanah adat
#Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan