awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat 'bergulung' dengan khemah dituntut keluarga

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2022
07:03 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat 'bergulung' dengan khemah dituntut keluarga
Polis pada Khamis mengesahkan empat mayat itu ditemukan dalam keadaan bergulung dengan kanvas khemah di Sektor C (Riverside) pada kedalaman kira-kira tujuh meter. - Gambar fail/FB JBPM Selangor
SUNGAI BULOH : Empat mayat mangsa tanah runtuh yang ditemukan dalam satu khemah dipercayai daripada sebuah keluarga di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, dekat sini, pada Khamis telah dituntut keluarga mereka pagi tadi.
Kesemua mayat itu dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh menggunakan kenderaan berasingan pada pukul 11.23 pagi untuk dibawa ke Melaka untuk upacara keagamaan.
Difahamkan pengesanan identiti empat mayat yang membabitkan dua kanak-kanak dan dua dewasa itu dilakukan melalui proses analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa serta waris dengan mengambil sampel darah atau air liur.
Semalam, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, mengesahkan empat mayat itu ditemukan dalam keadaan bergulung dengan kanvas khemah di Sektor C (Riverside) pada kedalaman kira-kira tujuh meter.
Beliau memberitahu, anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui petanda awal ketika pengorekan dilakukan menggunakan jentera pengaut sebelum menemui mayat pada pukul 11.04 pagi di Sektor C (Riverside).
Pihak polis memaklumkan, mayat berkenaan ditemukan lengkap berpakaian namun keadaannya sudah mula mereput.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan hanya seorang mangsa membabitkan kanak-kanak lelaki masih tidak ditemui.
Perkara itu didedahkan beliau selepas semakan mendapati berlaku pertindihan nama dalam buku pendaftaran tapak perkhemahan yang membawa kepada kekeliruan jumlah sebenar mangsa.
Beliau mengesahkan jumlah mangsa terbabit dalam kejadian pukul 2.42 pagi Jumaat lalu itu 92 orang dan bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#mayat empat sekeluarga
#bergulung khemah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan