awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: "Terima kasih pasukan SAR, petugas media" - Fahmi Fadzil

Bernama
Bernama
24/12/2022
14:58 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: "Terima kasih pasukan SAR, petugas media" - Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menzahirkan penghargaan kepada pasukan operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, Selangor. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini menzahirkan penghargaan kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, Selangor.
Ucapan yang sama turut ditujukan kepada semua petugas media yang bertungkus lumus membuat liputan dan menyampaikan perkembangan terkini sejak hari pertama tragedi itu berlaku.
"Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat yang berakhir pada hari ini dan takziah buat semua keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Sementara itu dalam hantaran Facebook berasingan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan turut merakamkan penghargaan buat pasukan SAR daripada pelbagai agensi yang mengerah keringat mencari mangsa tragedi itu.
"Jasa bakti anggota pasukan SAR yang terlibat amat dihargai," katanya.
Usaha pencarian mangsa terakhir tragedi berkenaan berakhir hari ini, selepas mayat mangsa ke-31, iaitu kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lingkungan antara 7 hingga 12 tahun ditemukan pasukan SAR 4.53 petang tadi pada kedalaman tanah 1.5 meter.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa terakhir dijumpai
Selepas sembilan hari operasi SAR dilaksanakan, mayat terakhir itu ditemukan dalam keadaan telungkup di tebing bukit dalam beg tidur, kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (hill view).
Dalam insiden awal pagi 16 Dis lepas, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa.
Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#pasukan SAR
#petugas media
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan