awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Cameron Highlands: Penghuni di 16 buah rumah diarahkan pindah

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2023
10:15 MYT
Tanah runtuh Cameron Highlands: Penghuni di 16 buah rumah diarahkan pindah
Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah di kawasan sekitar untuk mengosongkan kediaman masing-masing. - Gambar/ JBPM
CAMERON HIGHLANDS: Seramai 86 penghuni melibatkan 16 buah rumah di kawasan penempatan semula Orang Asli dekat Sungai Ruil, Golden Hill di sini diarahkan berpindah serta-merta akibat tanah runtuh pada Khamis.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tiga buah motosikal juga tertimbus akibat kejadian tersebut.
"Seramai lapan anggota dan tiga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.
"Komander operasi melaporkan berlaku tanah runtuh dan menyebabkan berlaku kerosakan kerosakan pada garaj kereta dengan kemusnahan 10 peratus dan tidak melibatkan mangsa.
"Pihak bomba membuat pemeriksaan di lokasi dan didapati masih ada lagi pergerakan tanah di kawasan berkenaan," ujar beliau dalam kenyataan pada Khamis.
Jelas Zulfadli, pihak bomba mengarahkan penghuni rumah di kawasan sekitar untuk mengosongkan kediaman masing-masing.
"Semua mangsa yang terlibat dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Sungai Ruil," tambah beliau punca kejadian masih dalam siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#tanah runtuh
#Sungai Ruil
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan