awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh di Jalan Bukit Nanas

Khairul Wasiril Aswad
Khairul Wasiril Aswad
14/01/2013
15:14 MYT
Tanah runtuh di Jalan Bukit Nanas
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan kejadian tanah runtuh di persisiran Hutan Simpan Bukit Nanas berskala kecil berbanding kejadian yang berlaku di Putra Heights dan Bukit Setiawangsa baru-baru ini.
DBKL menerima panggilan dari orang awam sekitar jam 7.45 malam Isnin apabila tanah tersebut runtuh. Kejadian dipercayai berlaku disebabkan hujan lebat berpanjangan.
Menurut pembantu penguatkuasa DBKL Zawawe Desan, kejadian ini boleh dikatakan berskala kecil kerana ianya tidak melibatkan kerosakan harta mahupun kecederaan fizikal.
“Jalan ini akan ditutup (mulai jam 10 malam) buat seketika bagi kerja-kerja pembersihan yang dijangka memakan masa sehingga 3 jam” kata Zawawe.
Seramai 15 penguatkuasa terdiri daripada pihak DBKL dan polis ditugaskan bagi mengawal lalu lintas dan kerja pembersihan.
Sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh di sekitar kawasan Kuala Lumpur, masyarakat boleh terus menghubungi bilik gerakan DBKL beroperasi selama 24 jam di talian 03-40220055.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Jalan Bukit Nanas
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan