awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh hempap 4 rumah di Sungai Penchala, warga emas tertimbus hingga paras pinggang

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2021
02:43 MYT
Tanah runtuh hempap 4 rumah di Sungai Penchala, warga emas tertimbus hingga paras pinggang
Empat buah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini, dilapor tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi tadi. -Gambar fail/Sinar Harian
PETALING JAYA: Empat buah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini, dilapor tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi tadi.
Kejadian di Jalan Palimbayan Indah itu turut menyebabkan seorang warga emas tertimbus hingga ke paras pinggang.
BACA: 50 penduduk nyaris tertimbus tanah runtuh di Sungai Penchala
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan kejadian dan mangsa dilapor berjaya diselamatkan.
"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 1.22 pagi telah menghantar jentera ke tempat kejadian."
Menurut Komander Operasi Kanan PgKB I Khairul Azuwan Bin Ibrahim, setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kejadian tanah runtuh menghempap empat buah rumah kediaman.
"Seorang mangsa didapati tertimbus sehingga paras pinggang. Pasukan BOMBA berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat.
"Mangsa seorang wanita berumur lingkungan 70an mengalami kecederaan di bahagian kaki dan telah dihantar ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) menggunakan EMRS BBP Taman Tun Dr Ismail," tulis kenyataan itu lagi.
Operasi turut disertai anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan PPUM.
Lokasi kejadian telah ditutup atas faktor keselamatan.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Jalan Palimbayan Indah
#Kampung Sungai Penchala
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan