awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Guan Eng arah siasatan menyeluruh dijalankan

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2017
07:59 MYT
Tanah runtuh Tanjung Bungah: Guan Eng arah siasatan menyeluruh dijalankan
Lim Guan Eng mahu satu siasatan menyeluruh dijalankan untuk memastikan punca sebenar kejadian. -Foto JBPM
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan siasatan secara menyeluruh dijalankan untuk mengetahui punca kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada Sabtu.
Seramai 14 mangsa disahkan tertimbus, 13 daripadanya pekerja warga asing manakala seorang warga tempatan.
Setakat ini tiga mayat telah ditemukan namun identiti mereka belum dapat dipastikan.
"Kejadian ini satu insiden kemalangan di tempat kerja, tetapi kita tidak boleh mengambil mudah. Siasatan biasa tidak memadai.
"Saya mahu satu siasatan menyeluruh dijalankan untuk memastikan punca sebenar kejadian," kata Guan Eng yang ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Ditanya jika faktor cuaca memainkan peranan, Guan Eng memaklumkan hal berkenaan terlebih dahulu perlu disiasat memandangkan cuaca baik di lokasi insiden.
"Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya dan kami akan bekalkan pasukan penyiasat dengan semua maklumat yang diperlukan," tambah Guan Eng.
Guan Eng juga meminta semua pihak bersabar kerana kerja-kerja mencari dan menyelamat mungkin akan mengambil masa yang lama.
"Saya juga mahu Datuk Bandar akan segera menjalankan siasatan ke atas semua tapak projek untuk mengelakkan kejadian sama berulang" katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi Sabtu, 14 buruh binaan yang sedang bekerja di lereng bukit di situ tertimbus tanah runtuh yang menimpa mereka dari kecerunan kira-kira 35 meter.
BACA: Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Apa yang kita tahu setakat ini?
BACA: Empat rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di Penampang
BACA: Tanah runtuh: 3 maut, 11 yang lain dikhuatiri tertimbus
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Ketua Menteri
#Lim Guan Eng
#mangsa
#siasatan
#tanah runtuh
#Tanjung Bungah
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan