awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Tindakan susulan JMG mampu bantu minimum kerosakan

Bernama
Bernama
19/09/2021
20:20 MYT
Tanah runtuh: Tindakan susulan JMG mampu bantu minimum kerosakan
JMG yang mempunyai kepakaran dalam bidang geologi melakukan pemeriksaan tapak bencana dalam tempoh 24 jam sebaik menerima maklumat. -Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penglibatan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam siasatan serta pengurusan bencana tanah runtuh, mampu membantu kerajaan negeri atau agensi terlibat melaksanakan tindakan susulan bagi menentukan tahap keselamatan di kawasan terjejas akibat bencana itu.
KeTSA dalam kenyataan berkata melalui usaha itu kehilangan nyawa dapat dielakkan dan kerosakan harta benda dapat diminimumkan memandangkan bencana tanah runtuh dikenal pasti sebagai ancaman yang mampu membawa kerugian besar kepada negara.
Katanya usaha dan penglibatan diambil kementerian itu antara lain menerusi inisiatif dilaksanakan JMG berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Di Kawasan Zon Bencana Tanah Runtuh (JMG. SOP.01).
Mengambil contoh insiden tanah runtuh yang berlaku di Forest Hill, Kota Kinabalu; Cameron Highlands, dan terbaru di Kemensah Heights, Ampang yang dicetuskan faktor hujan, JMG yang mempunyai kepakaran dalam bidang geologi melakukan pemeriksaan tapak bencana dalam tempoh 24 jam sebaik menerima maklumat.
Penilaian tahap keselamatan turut dibuat sejurus tiba di tapak bencana bagi memastikan kumpulan penyiasat JMG dan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, selain agensi teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya tidak terdedah kepada ancaman runtuhan susulan, menurut KeTSA.
Sementara itu, bagi tujuan kesiapsiagaan dan pengurusan bencana, JMG juga melaksanakan penzonan kawasan bencana mengikut tahap risiko yang terbahagi dua iaitu Zon Bahaya dan Zon Kawalan.
"Zon Bahaya berada dalam perimeter jasad tanah runtuh manakala Zon Kawalan adalah kawasan yang mengelilingi Zon Bahaya yang mempunyai ciri-ciri geologi dan geomorfologi cerun sama dengan Zon Bahaya serta terdapatnya tanda-tanda pergerakan tanah," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#JMG
#ketsa
#pengurusan bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan