awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh umrah keputusan yang tepat - Abdul Hadi

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2022
07:59 MYT
Tangguh umrah keputusan yang tepat - Abdul Hadi
Penangguhan ibadah umrah dibuat demi kepentingan awam selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan selain maklumat perubatan dari Arab Saudi, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Gambar fail
MARANG: Keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah selama sebulan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 varian Omicron dilihat tepat.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, langkah yang dilaksanakan itu demi kepentingan awam selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan selain maklumat perubatan dari Arab Saudi.
“Tangguh umrah itu kena tanya ahli perubatan… kalau ahli perubatan kata wabak itu merebak, itu hak memang dalam sejarah Islam, pernah ditangguh. Solat Jumaat pun pernah ditangguh di Masjid Nabawi (dan) Mekah sebab wabak,” kata Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini, hari ini.
Awal bulan ini, Kabinet bersetuju untuk menangguhkan perjalanan umrah bermula 8 Januari ini (esok) selama sebulan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kadar risiko penilaian jangkitan Omicron itu dibuat.
Topic Berkaitan
#umrah ditangguhkan
#varisan Omicron
#Abdul Hadi Awang
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan