awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanpa Selangor, jalan ke Putrajaya akan terus sukar - Pas

Astro AWANI
Astro AWANI
26/03/2026
04:07 MYT
Tanpa Selangor, jalan ke Putrajaya akan terus sukar - Pas
Iskandar menyifatkan Selangor sebagai penentu arah politik nasional berdasarkan pola sejarah pilihan raya terdahulu. - Gambar fail/Pas Pusat

Jika Perikatan Nasional (PN) berhasrat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, usaha menawan Selangor perlu dijadikan keutamaan strategik.

Perkara itu ditegaskan Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Samad yang menyifatkan negeri berkenaan sebagai penentu arah politik nasional berdasarkan pola sejarah pilihan raya terdahulu.

Menurut beliau, kemenangan gabungan pembangkang menawan Putrajaya pada 2018 bukan berlaku secara mendadak, sebaliknya dibina melalui kejayaan konsisten di Selangor sejak PRU 2008 dan 2013.

"Walaupun ketika itu belum terbentuk secara rasmi sebagai Pakatan Harapan, parti-parti yang akhirnya membentuk kerajaan Persekutuan telah pun mengukuhkan kedudukan mereka di Selangor lebih awal.

"Ini membuktikan Selangor bukan sekadar negeri maju, tetapi juga penentu arah politik nasional.

"Selangor adalah kunci. Tanpa Selangor, jalan ke Putrajaya akan terus sukar," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Iskandar berkata, walaupun Selangor hanya mempunyai 22 kerusi Parlimen, pengaruhnya jauh lebih besar kerana mencerminkan sentimen pengundi di Pantai Barat Semenanjung yang padat dan berpengaruh dalam menentukan keputusan nasional.

Mengulas lanjut, Iskandar mengakui PN Selangor dilihat kehilangan momentum selepas pilihan raya lalu, sekali gus menuntut kepimpinan baharu membuktikan keupayaan mereka dengan segera.

"Pas sebagai parti teras di peringkat nasional perlu memainkan peranan lebih menyerlah dalam memperkukuh sokongan rakyat," katanya lagi.

Tambah beliau, pengundi kini semakin matang dan tidak lagi hanya bergantung kepada retorik politik semata-mata.

"Rakyat mahu melihat kehadiran yang konsisten, pembelaan yang nyata serta keprihatinan berterusan, bukan hanya menjelang pilihan raya," katanya.

Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Selangor
#pilihan raya
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan