awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Konflik Asia Barat: Iran kemuka cadangan akhiri perang, tolak gencatan senjata sementara - IRNA
Kerajaan gabungan baharu Thailand angkat sumpah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi

Bernama
Bernama
21/03/2026
02:03 MYT
Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi
Kebakaran melibatkan sampah di tapak pelupusan dengan anggaran keluasan 10,000 kaki persegi atau 0.093 hektar. - Foto JBPM Pulau Pinang
Tapak pelupusan sampah Pulau Burung, di sini dilaporkan terbakar awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 5.40 pagi.
“Kebakaran melibatkan sampah di tapak pelupusan dengan anggaran keluasan 10,000 kaki persegi atau 0.093 hektar.
“Kerja pemadaman sedang dilakukan termasuk dengan bantuan dua unit jengkaut membuat pemisah api bagi mengawal kemerebakan yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi masih dijalankan setakat ini melibatkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan BBP Sungai Bakap.
Operasi turut melibatkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Jawi, Nibong Tebal, Valdor serta Parit Buntar.
Kebakaran sisa pepejal di tapak pelupusan sampah itu pernah berlaku pada 8 Feb yang mengambil masa sembilan jam untuk dipadamkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#tapak pelupusan sampah
#Pulau Burung
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan