awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak pembinaan diarah henti operasi langgar SOP

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
06/06/2020
05:40 MYT
Tapak pembinaan diarah henti operasi langgar SOP
Nor Hisham berkata, tapak pembinaan tersebut diarah tutup dan dikenakan kompaun di bawah Seksyen 70(13)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974. - Gambar BERNAMA
Kontraktor di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bukit Kiara, di sini yang beroperasi tanpa kebenaran dikenakan kompaun RM5,000 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, tindakan itu diambil menerusi Operasi Pantau COVID-19 (Op Pantau COVID-19) yang dilakukan pada malam Jumaat.
Katanya, tapak pembinaan tersebut diarah tutup dan dikenakan kompaun di bawah Seksyen 70(13)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.
"Pemeriksaan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL mendapati terdapat kerja pembinaan konkrit sedang dijalankan di tapak projek dan di luar waktu kerja yang dibenarkan.
"Kontraktor diberikan notis memberhentikan kerja dan perlu mengosongkan tapak dalam tempoh 14 hari," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan operasi pembinaan yang dilaksanakan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan kontraktor dan pemaju untuk mematuhi garis panduan KKM susulan terdapat penularan COVID-19 dikesan dari kluster tapak pembinaan.
Ia termasuk pematuhan garis panduan pembinaan rumah kongsi atau mereka berhadapan tindakan tegas oleh DBKL dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Astro
#Astro Awani
#DBKL
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#menteri
#operasi
#rumah
#SOP
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan