awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TDK bangunkan bahan tingkat ketumpatan tenaga bateri solid-state sehingga 100X

Amanz
Amanz
19/06/2024
03:50 MYT
TDK bangunkan bahan tingkat ketumpatan tenaga bateri solid-state sehingga 100X
Bahan ini mempunyai kepadatan tenaga 1000 Wh/L iaitu 100 kali lebih tinggi berbanding bahan yang digunakan mereka sekarang. -Amanz
Bateri keadaan-pepejal (solid state) sedang dibangunkan untuk kegunaan pelbagai syarikat.
Ia lebih selamat berbanding bateri Li-Ion sekarang, dan lebih penting sekali ialah mempunyai ketumpatan tenaga lebih tinggi.
Ini membolehkan bateri kereta lebih kecil atau dengan kapasiti lebih tinggi dalam saiz sama dihasilkan.
TDK minggu ini mengumumkan mereka berjaya membangunkan bahan baharu yang akan digunakan pada bateri keadaan-pepejal CeraCharge mereka.
Bahan ini mempunyai kepadatan tenaga 1000 Wh/L iaitu 100 kali lebih tinggi berbanding bahan yang digunakan mereka sekarang.
Teknologi ini menyasarkan penggunaan pada fon telinga nirwayar, jam tangan pintar dan alat bantuan pendengaran.
Sebagai perbandingan bateri Li-Ion mempunyai kepadatan tenaga antara 250–693 Wh/L.
Penggunaan terawal ialah sebagai ganti kepada bateri sel bulat yang digunakan pada pelbagai peranti seperti jam tangan.
Menurut TDK, teknologi ini akan dapat memenuhi RUU baharu EU yang memerlukan bateri pada peranti digantikan dengan lebih mudah.
Dengan kapasiti lebih tinggi, ia juga dapat bertahan lebih lama sekaligus mengurangkan pencemaran. -Amanz
Topic Berkaitan
#TDK
#solid state
#bateri
#Li-Ion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan