awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TDM dijangka terima dua Black Hawk - PTD

Bernama
Bernama
05/09/2023
05:45 MYT
TDM dijangka terima dua Black Hawk - PTD
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika sidang media selepas menghadiri Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-29 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima dua daripada empat buah helikopter jenis Black Hawk pada hujung tahun ini.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata pesawat buatan Amerika Syarikat berkenaan akan digunakan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Beliau berkata TDM akan menghantar juruterbang ke Turki untuk menjalani latihan simulator Black Hawk sebelum helikopter itu dibawa ke Malaysia.
"Kami akan menghantar juruterbang (PUTD) pada Oktober ini agar latihan simulator Black Hawk dapat dikendalikan sepenuhnya oleh juruterbang secara berperingkat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat ke-29 di Dataran PTD Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai perkembangan tender perolehan meriam artileri 155MM jenis Self Propelled Howitzer (SPH) buatan Turki untuk TDM, Mohammad berkata proses dokumentasi perolehan 18 unit SPH dijangka selesai pada Disember ini.
"Sekarang ini TDM sedang dalam proses perolehan beberapa sistem persenjataan bagi mengukuhkan kesiapsiagaan.
"SPH antara projek yang menjadi keutamaan tentera darat dalam meningkatkan keupayaan elemen kuasa tindakan dan kesiagaan pasukan Rejimen Artileri Diraja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tentera Darat Malaysia
#Black hawk
#Panglima TDM
#Mohammad Ab Rahman
#helikopter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan