awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tegang bincang kes langgar kereta, tembakan amaran dilepas

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2017
03:53 MYT
Tegang bincang kes langgar kereta, tembakan amaran dilepas
Situasi tegang itu memaksa seorang pegawai polis yang kebetulan berada di lokasi kejadian untuk melepaskan tembakan amaran. - Foto Astro AWANI
Semuanya dikatakan bermula gara-gara seorang pemandu terlanggar kereta penduduk setempat.
Rundingan untuk menyelesaikan masalah bagaimanapun berakhir dengan ketegangan.
Kejadian berlaku di Taman Sri Andalas, di sini kira kira jam 11.30 malam tadi sewaktu sepasang kekasih yang sedang memandu dikatakan telah terlanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan sebuah kawasan perumahan.
Dalam perbincangan untuk menyelesaikan kes berkenaan, pasangan muda itu dikatakan telah menghubungi rakan-rakan mereka.
Susulan itu dikatakan lebih 20 lelaki yang memakai kemeja-t merah muncul di lokasi kejadian sehingga tercetus perbalahan dan pertengkaran.
Situasi tegang itu memaksa seorang pegawai polis yang kebetulan berada di lokasi kejadian untuk melepaskan tembakan amaran.
Ketika cuba melarikan diri, sekumpulan lelaki yang menaiki kenderaan turut dikatakan terlanggar seorang wanita berusia 20an, memaksa mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar mengesahkan telah menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Topic Berkaitan
#Hospital
#kereta
#Klang
#mangsa
#Perodua
#polis
#siasatan
#tembakan
#terlanggar
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan