awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
Polis UK tahan tujuh penunjuk perasaan berhampiran pangkalan RAF digunakan AS
Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tehran sedia hadapi pencerobohan, AS dan Israel teruskan serangan terhadap Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
05/03/2026
21:05 MYT
Tehran sedia hadapi pencerobohan, AS dan Israel teruskan serangan terhadap Iran
Asap tebal berkepul naik ketika serangan menghentam kota itu dalam kempen ketenteraan AS–Israel di Tehran, Iran. - Foto AP
Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel meneruskan serangan besar-besaran ke atas Iran, yang setakat ini meragut sekurang-kurangnya 1,230 nyawa sejak Sabtu.
Serangan berterusan ini turut disertai tindakan Israel mengeluarkan arahan pemindahan wajib untuk keseluruhan kawasan selatan Beirut, yang dihuni ratusan ribu penduduk awam.
Presiden AS, Donald Trump, dalam kenyataan kepada media, menyifatkan Mojtaba Khamenei, anak kepada Allahyarham Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, sebagai calon pengganti yang “tidak boleh diterima”.
Trump turut mendakwa Washington perlu terlibat dalam menentukan kepimpinan masa depan Iran.
Laporan antarabangsa juga mengesahkan bahawa Ayatollah Ali Khamenei telah terbunuh dalam serangan udara awal oleh AS dan Israel, yang menyasarkan kepimpinan tertinggi serta kemudahan strategik Iran.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi memberi amaran mengenai kemungkinan “pergerakan pengganas” di sempadan Iran-Iraq, sambil menggesa langkah memperkukuh keselamatan.
Beliau merujuk laporan bahawa AS sedang berunding dengan kumpulan Kurdish untuk membekalkan senjata serta mencetuskan pemberontakan menentang Tehran.
Pegawai kanan Iran, Ali Larijani, menyatakan bahawa negara itu kini berada dalam keadaan bersiap siaga penuh dan “menunggu” sebarang cubaan pencerobohan darat oleh AS, menandakan kesediaan Iran menghadapi konflik yang lebih besar.
Di samping itu, serangan ketenteraan AS dan Israel terus mensasarkan pelbagai kemudahan Iran, termasuk pusat komando, pelancar dron dan pertahanan udara.
Imej satelit menunjukkan kerosakan besar pada beberapa tapak strategik seperti pangkalan laut Konarak.
Dalam pada itu, beberapa kawasan di Beirut mengalami kerosakan besar selepas Israel melancarkan siri serangan udara sebagai respons terhadap roket serta dron yang dilepaskan dari Lubnan oleh Hezbollah, yang bertindak balas atas kematian Khamenei.
Serangan tersebut menyebabkan puluhan terbunuh dan ratusan cedera di Lubnan sejak Isnin, menurut laporan kementerian kesihatan negara itu.
Di peringkat global, pasaran tenaga dunia semakin tertekan apabila kapal-kapal dagang mengelakkan Selat Hormuz selepas IRGC Iran mengumumkan penutupannya, sekali gus menjejaskan penghantaran minyak dan gas yang melalui laluan penting itu.
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#Amerika Syarikat
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan