awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan di KLIA: Suspek miliki tiga rekod jenayah lampau - Pengarah JSJ

Bernama
Bernama
14/04/2024
03:40 MYT
Tembakan di KLIA: Suspek miliki tiga rekod jenayah lampau - Pengarah JSJ
Mohd Shuhaily berkata suspek mempunyai dua rekod lampau kerana ugutan dan satu lagi rekod kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam. - Foto BERNAMA
SEPANG: Lelaki yang melepaskan dua das tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dua daripadanya berkaitan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan satu kes di bawah Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.
Beliau berkata mangsa iaitu isteri suspek sebelum ini membuat dua laporan di bawah Seksyen 506 pada 2016 dan 2023.
"Laporan berkaitan Seksyen 506 terbaharu pada Disember lepas. Hasil laporan itu, suspek ditangkap polis. Kami hantar kertas siasatan namun ada beberapa arahan lain perlu dilaksanakan. Mengambil (iktibar) insiden terakhir isteri suspek menggaji pengawal peribadi," katanya pada sidang media selepas meninjau lapangan terbang berkenaan hari ini.
Mohd Shuhaily berkata berdasarkan siasatan awal, motif kejadian adalah disebabkan masalah peribadi antara lelaki terbabit dan isterinya yang dipercayai dalam peringkat awal kehamilan.
Topic Berkaitan
#tembakan
#KLIA
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#rekod jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan