awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
Malam Legasi Adibah Amin: Minda tajam, kosa kata kekal dalam ingatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembok laut Padang Kota Lama, Pulau Pinang terima pengiktirafan UNESCO

Bernama
Bernama
21/02/2026
04:14 MYT
Tembok laut Padang Kota Lama, Pulau Pinang terima pengiktirafan UNESCO
Projek tersebut menerima anugerah bagi Reka Bentuk Baharu dalam Konteks Warisan dengan pengiktirafan khas untuk pembangunan mampan. - Foto Facebook/Wong Hon Wai
Projek Tembok Laut dan Persiaran Esplanade yang melibatkan pemuliharaan dan naik taraf Padang Kota Lama di sini menerima pengiktirafan antarabangsa pada Anugerah Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Asia-Pasifik bagi pemeliharaan Warisan Budaya 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai yang memaklumkan perkara itu menerusi hantaran Facebook hari ini berkata projek tersebut menerima anugerah bagi Reka Bentuk Baharu dalam Konteks Warisan dengan pengiktirafan khas untuk pembangunan mampan.
Wong juga berkongsi kenyataan juri yang menyatakan projek itu menetapkan penanda aras nasional bagi pemuliharaan dengan reka bentuk baharu dalam menata semula ruang sivik bersejarah dengan menggabungkan hibrid inovatif elemen kejuruteraan tradisional dan moden dalam menghadapi kemerosotan pantai.
Juri antarabangsa yang terdiri daripada tujuh ahli berkata reka bentuk itu mengekalkan bentuk dan fungsi untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti, menambah baik akses ke kawasan tepi laut dan menyokong pengawasan alam sekitar sebagai tindak balas kepada perubahan iklim.
“Tembok laut baharu itu kini menampilkan persiaran lebar yang menerapkan tipologi abad ke-19 dengan pembinaan granit tradisional, asas cerucuk kepingan tersembunyi dan lapisan batu untuk ketahanan hakisan. Ia menampilkan teres bawah yang tenggelam semasa air pasang besar, mendedahkan tembok laut asal berhampiran Tugu Peringatan Perang Cenotaph.
“Di bawah bimbingan pakar, peningkatan ciri sejarah Esplanade menonjolkan Nilai Universal Cemerlang bagi tapak Warisan Dunia 'Melaka dan George Town, Bandar Bersejarah di Selat Melaka'. Struktur dwifungsi, bahan tempatan dan tadbir urus pihak berkepentingan dikaji sebagai model di seluruh Malaysia,” kata juri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Projek Tembok Laut dan Persiaran Esplanade
#Padang Kota Lama
#Unesco
#Wong Hon Wai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan