awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh reman pengarah jabatan kerajaan disambung 3 hari - SPRM

Raffi Bachik
Raffi Bachik
22/08/2016
03:31 MYT
Tempoh reman pengarah jabatan kerajaan disambung 3 hari - SPRM
Suspek yang juga berpangkat Datuk dibawa menaiki Proton Waja hitam itu tiba di mahkamah sekitar jam 9.10 pagi dengan dikawal ketat anggota SPRM.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan tempoh sambung reman selama tiga hari terhadap seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan di Melaka oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Suspek yang juga berpangkat Datuk dibawa menaiki Proton Waja hitam itu tiba di mahkamah sekitar jam 9.10 pagi dengan dikawal ketat anggota SPRM.
Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Penolong Pendaftar Majistret, Mahkamah Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi membenarkan tempoh tahanan reman suspek yang berusia 56 tahun itu disambung selama tiga hari bermula esok hingga 25 Ogos ini.
Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Minggu lalu, suspek antara tiga penjawat awam berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata suspek yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan itu ditahan di tiga negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan) di antara jam 12 dan 2 petang 15 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Mohd Anuar Ostadi
#pengubahan wang haram
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan