awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenaga buruh berkemahiran penting untuk sektor automotif Malaysia

Bernama
Bernama
31/10/2023
21:15 MYT
Tenaga buruh berkemahiran penting untuk sektor automotif Malaysia
Kemahiran tenaga buruh automotif di negara ini wajar dipertingkatkan untuk menghadapi peralihan industri daripada enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV). - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemahiran tenaga buruh automotif di negara ini wajar dipertingkatkan untuk menghadapi peralihan industri daripada enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV).
Pengarah Jualan Rakan Kongsi Dassault Systemes Asia Pasifik Selatan, Simon Ng berkata, peluasan serta keberkesanan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini memainkan peranan utama dalam meningkatkan industri automotif negara.
"Kerajaan Malaysia menggalakkan TVET tetapi latihan aliran teknikal di negara ini boleh diperkukuh lagi,' katanya dalam pembentangan mengenai penyediaan pengeluar peralatan asal (OEM), rantaian bekalan serta tenaga kerja automotif Malaysia untuk era EV di sini pada Selasa.
Dassault Systemes, sebuah syarikat perisian multinasional Perancis, merancang untuk bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan pada masa hadapan bagi melaksanakan platform Berkembar Maya dalam TVET.
Ng menambah dengan melonjakkan kemahiran tenaga buruh sekarang serta masa depan dalam sektor automotif boleh membantu industri meningkatkan rantaian nilai, daripada pengeluaran kos rendah kepada inovasi bernilai tinggi.
Ini boleh membantu kerajaan mengembangkan nilai tambah pembuatan kepada RM583 juta menjelang 2030 seperti yang disasarkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (2030).
Semasa pembentangan tersebut, Ng mendedahkan bahawa lebih daripada 2,600 kenderaan elektrik bateri (BEV) telah dijual di Malaysia pada 2022 berbanding hanya 274 unit pada 2021.
Sementara itu, Naib Presiden Dassault Systemes Pengangkutan dan Mobiliti Asia, Guillaume Gerondeau berkata, syarikat itu menyasarkan untuk menjadi sifar karbon menjelang 2040, dan berminat membantu industri automotif mengurangkan pelepasan karbon dalam segmen pembuatannya.
Platform maya perbadanan Dassault akan membolehkan industri mengira jumlah karbon yang digunakan dalam keseluruhan proses pengeluaran selain menyediakan mereka dengan penyelesaian yang lebih baik. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#tenaga buruh
#sektor automotif
#kenderaan elektrik
#TVET
#Simon Ng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan