awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengkorak dan serpihan tulang manusia ditemui

Bernama
Bernama
09/10/2016
23:40 MYT
Tengkorak dan serpihan tulang manusia ditemui
Identiti mangsa masih belum diketahui dan berdasarkan penemuan tengkorak dan beberapa serpihan tulang tersebut, mangsa dipercayai sudah lama meninggal dunia. - Gambar fail
Tengkorak dan beberapa serpihan tulang manusia ditemui berselerakan oleh orang awam di sebuah kebun berhampiran Sungai Lendu di Batu 17 Kampung Lendu Hilir di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya dimaklumkan penemuan berkenaan kira-kira pukul 2 petang sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi penemuan.
"Siasatan awal mendapati objek tersebut merupakan tengkorak dan tulang dipercayai bahagian betis dan bahu manusia dan kita masih menjalankan siasatan terperinci.
"Tiada sebarang penemuan lain termasuk pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama Jalan Lendu-Alor Gajah," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata identiti mangsa masih belum diketahui dan berdasarkan penemuan tersebut mangsa dipercayai sudah lama meninggal dunia.
Katanya siasatan awal juga turut mendapati kebun berkenaan merupakan milik seorang wanita yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan dan polis kini sedang mengesannya untuk membantu siasatan lanjut.
A. Asmadi berkata tengkorak dan serpihan tulang berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk ujian lanjut dan semakan ke atas Orang Hilang turut dilakukan bagi membantu siasatan.
Katanya setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan itu atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-556 2222 bagi membantu siasatan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#A. Asmadi Abdul Aziz
#Jalan Lendu-Alor Gajah
#Kampung Lendu Hilir
#serpihan tulang
#tengkorak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan