awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Adnan beri penjelasan berhubung pesta arak

Bernama
Bernama
21/09/2017
11:15 MYT
Tengku Adnan beri penjelasan berhubung pesta arak
Tengku Adnan turut melahirkan rasa kesal terdap beberapa kenyataan politik yang dibuat oleh pihak pembangkang mengenai isu itu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan bahawa beliau menyatakan pembatalan pesta arak "Better Beer Festival 2017" di ibu negara bulan depan, adalah disebabkan faktor politik dan agama.
Tengku Adnan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat keputusan tidak memberi kelulusan bagi penganjuran pesta itu atas sebab keselamatan dan ia juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.
Beliau memberi alasan bahawa ia menyalahi undang-undang untuk mengambil dan menjual arak di kawasan terbuka dan daripada segi keselamatan, polis telah memberikan maklum balas bahawa ia agak berbahaya untuk mengadakan pesta itu di kawasan terbuka".
"Bagi saya, pertimbangan utama saya ialah untuk memastikan keselamatan awam...mereka boleh mengadakan pesta itu di rumah, di bar atau di hotel tetapi bukan di tempat terbuka..mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.
"Tolong jangan putarbelitkan isu ini dengan menyatakan bahawa saya (Tengku Adnan) tidak memberi kelulusan disebabkan tekanan poltik dan agama," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan projek unit-unit kediaman mampu milik oleh Mah Sing Group Berhad di sini pada Khamis.
Tengku Adnan turut melahirkan rasa kesal terdap beberapa kenyataan politik yang dibuat oleh pihak pembangkang mengenai isu itu dengan memberi gambaran buruk kepada kerajaan.
Beliau juga menafikan ada membenarkan pesta seumpama itu diadakan di kawasan terbuka di ibu negara pada masa lalu.
Pesta arak Better Beer Festival sepatutnya diadakan dari 6 hinbgga 7 Okt di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur, dengan menampilkan 250 jenama arak yang berbeza daripada 43 kilang arak dari seluruh dunia.
DBKL membuat pengumuman itu seminggu selepas seorang anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Riduan Mohd Nor membantah keras penganjuran pesta itu dan menyifatkannya sebagai "pesta maksiat".
Sementara itu, Tengku Adnan berkata Kementerian akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin depan untuk membincangkan isu "kawasan panas" di Kuala Lumpur yang digunakan untuk aktiviti haram dan tidak bermoral.
"Salah satu tempat yang kita telah kenal pasti adalah Keramat, Kampung Baru, Kampung Batu, Cheras, Lembah Pantai, Seputeh dan sebagainya. Kita akan mengambil tindakan untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan yang ada kemungkinan benda-benda ini berlaku kita akan atasinya,"
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#arak
#Better Beer Festival 2017
#DBKL
#haram
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan