awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas pangku wanita ketika memandu disiasat - JPJ
APMM gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM1 juta ke negara jiran di Batu Layar
Taktik penipuan baharu: Tawaran untuk dapatkan kembali wang mangsa scam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Ampuan Pahang beri penghormatan terakhir kepada Syed Muhammad Naquib

Astro AWANI
Astro AWANI
09/03/2026
02:51 MYT
Tengku Ampuan Pahang beri penghormatan terakhir kepada Syed Muhammad Naquib
Tunku Azizah berkenan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Profesor Diraja Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Masjid At-Taqwa, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Profesor Diraja Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Masjid At-Taqwa, di sini, hari ini.
Terdahulu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang meninggal dunia pada petang semalam.
Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
“Paduka Baginda berdua juga berharap agar segala urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan serta tabah atas kehilangan insan tersayang,” menurut hantaran itu.
Menurut hantaran itu, Allahyarham merupakan tokoh ilmuwan yang banyak berjasa dan dikenali sebagai pengasas konsep Islamisasi ilmu pengetahuan yang memberi pengaruh besar terhadap perkembangan pemikiran pendidikan Islam moden di peringkat antarabangsa.
Selain baginda, antara yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan dan pendakwah terkenal, Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al-Hamid atau mesra digelar Habib Ali dan ahli akademik lain.
Pada masa sama turut kelihatan Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel.
Jenazah Allahyarham tiba di perkarangan masjid pada jam 9.40 pagi bagi urusan memandikan jenazah sebelum disolatkan dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara tengah hari ini.
Topic Berkaitan
#belasungkawa
#Syed Muhammad Naquib al-Attas
#Tengku Ampuan Pahang
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan