awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes serang wanita sedang siaran langsung
IPT bukan ‘lubuk’ rasuah: Menilai realiti berasaskan fakta, bukan persepsi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan serikan Kempen Internet Selamat di bazar Ramadan

Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad
08/03/2026
10:10 MYT
Tengku Permaisuri Selangor berkenan serikan Kempen Internet Selamat di bazar Ramadan
Kempen Internet Selamat 2026 yang berlangsung di Bazar Ramadan Shah Alam hari ini dan diserikan dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. - Foto Astro AWANI
Bazar Ramadan bukan sahaja menjadi lokasi tumpuan orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa, malah turut dimanfaatkan sebagai platform meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan internet dalam kalangan masyarakat.
Justeru, Kempen Internet Selamat 2026 yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu turut diperluaskan ke bazar Ramadan terpilih di seluruh negara sebagai satu pendekatan turun padang bagi mendekati orang ramai secara lebih santai dan berinteraktif.
Hari ini program terbabit turut berlangsung di Bazar Ramadan Shah Alam yang turut diserikan dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Pendekatan mendekati masyarakat di lokasi tumpuan awam seperti bazar Ramadan dilihat mampu memberi pendedahan lebih meluas mengenai kepentingan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab, khususnya dalam era digital yang semakin mencabar.
Selain perkongsian maklumat berkaitan keselamatan dalam talian, pengunjung bazar turut menerima edaran kit Ramadan percuma yang disediakan oleh MCMC.
Inisiatif berkenaan diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap risiko keselamatan siber, termasuk penyebaran maklumat palsu, penipuan dalam talian serta penggunaan media sosial secara beretika.
Topic Berkaitan
#Kempen Internet Selamat 2026
#Permaisuri Selangor
#MCMC
#Bazar Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan