awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Darat mahu tambah pos kawalan sempadan di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2020
08:16 MYT
Tentera Darat mahu tambah pos kawalan sempadan di Sarawak
Zamrose berkata, rancangan menambah pos kawalan bukan kerana mahu tandingi pos Tentera Nasional Indonesia (TNI). Gambar: Twitter / @MINDEFMalaysia
Kerajaan Sarawak telah memberi `lampu hijau’ kepada Tentara Darat Malaysia (TDM) untuk memilih lokasi pembinaan pos kawalan baharu di sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia.
Langkah itu susulan rancangan kerajaan Indonesia yang mahu memindahkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan, selain keadaan geografi kawasan sempadan berkenaan yang luas.
Menurut Panglima Medan Timur TDM, Leftenan Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, ketika ini terdapat 12 pos kawalan di sempadan Sarawak.
Ia termasuk Pos Kawalan Imbangan Dafa di Biawak, Lundu yang baru beroperasi Januari lalu.
Tambahnya Tentera Darat kini merancang menambah jumlah pos kawalan sedia ada demi memenuhi keperluan semasa.
BACA: Indonesia tukar ibu negara ke Kalimantan: Perlu keperluan pembangunan jalan sempadan
BACA: Sarawak jalin kerjasama dengan Indonesia bangunkan kuasa hidroelektrik di Kalimantan
“Ketika ini Tentera Nasional Indonesia (TNI) di sebelah sempadan Kalimantan memiliki 89 pos kawalan berbanding kita iaitu hanya 12 pos, jadi kita merancang untuk menambah 14 lagi pos kawalan.
“Untuk itu, Ketua Menteri Sarawak telah memberi kebenaran untuk kita memilih mana-mana lokasi yang bersesuaian untuk kita bina pos kawalan tambahan,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di Pos Imbangan Dafa di Biawak, Lundu baru-baru ini.
BACA: Kawalan keselamatan sempadan Sarawak dan Kalimantan diperkukuh
BACA: Perpindahan ibu negara Indonesia beri impak besar kepada Sarawak - Awang Tengah
Zamrose menjelaskan, rancangan menambah pos kawalan bukan kerana mahu menandingi bilangan pos kawalan dibina oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI), sebaliknya bagi mengukuhkan lagi hubungan bilateral antara TDM dan TNI.
Topic Berkaitan
#biawak
#Indonesia
#Jakarta
#Kalimantan
#Lundu
#Pos Kawalan Sempadan
#Sarawak
#Tentera Darat Malaysia
#Tentera Nasional Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan