awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teori konspirasi tidak lemahkan usaha Malaysia cari MH370 - Liow

Bernama
Bernama
11/01/2015
00:06 MYT
Teori konspirasi tidak lemahkan usaha Malaysia cari MH370 - Liow
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia tidak pernah mengaku kalah dalam usaha mencari pesawat itu yang hilang daripada imbasan radar. -Gambar fail
Teori konspirasi, yang berpusar-pusar seperti perairan di selatan Lautan Hindi yang begitu berbahaya, telah muncul daripada pelbagai platform seperti media sosial berhubung sebab-sebab kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
Namun, teori-teori yang tidak berasas itu tidak akan menjejaskan usaha Malaysia dan negara-negara lain untuk mencari pesawat Boeing 777 itu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata Malaysia tidak pernah mengaku kalah dalam usaha mencari pesawat itu yang hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas.
"Sebenarnya, usaha pencarian itu dipergiatkan dengan lebih banyak aset termasuk kapal pencarian digunakan oleh Malaysia dan Australia di Lautan Hindi.
"Kami menjangkau sehingga kedalaman 6,000 meter di satu daripada lautan yang paling kompleks di dunia.
"Ia bukan satu tugas yang mudah memandangkan kedalaman yang luar biasa dan ia akan mengambil masa.. namun Malaysia tidak akan berputus asa di sebalik teori-teori konspirasi.
"Mereka yang dahagakan maklumat mengenai MH370 perlu mendapatkannya daripada sumber yang boleh dipercayai dan daripada akaun media sosial yang yang autentik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sesi latihan kader Selangor Wanita MCA di sini, hari ini.
Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lalu semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 masih belum ditemui, walaupun selepas usaha pencarian menyeluruh di selatan Lautan Hindi di selatan di mana ia dipercayai telah berakhir selepas tersasar daripada haluannya.
Topic Berkaitan
#Liow Tiong Lai
#MH370
#teori konspirasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan