awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Ketua Majlis Strategik Iran meninggal dunia akibat serangan AS–Israel
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Switzerland 2026: Khai Xing-Aaron tersingkir dalam perlawanan suku akhir

Bernama
Bernama
13/03/2026
14:59 MYT
Terbuka Switzerland 2026: Khai Xing-Aaron tersingkir dalam perlawanan suku akhir
Khai Xing-Aaron (gambar) merupakan wakil terakhir negara dalam Terbuka Switzerland 2026. - Foto Facebook BAM
Kempen bagi beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai dalam Terbuka Switzerland 2026 berakhir selepas tewas pada suku akhir dalam masa hanya 37 minit menerusi pertemuan pertama mereka, semalam.
Gandingan itu kalah kepada pasangan pilihan ketujuh Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark dengan 19-21, 15-21 di St. Jakobshalle di Basel, Switzerland.
Kekalahan itu juga menandakan berakhirnya cabaran Malaysia dalam kejohanan itu dengan Khai Xing-Aaron menjadi wakil terakhir negara pada pertandingan itu.
Beregu Denmark mara ke separuh akhir dan akan bertemu dengan gandingan Thailand Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, yang menewaskan Eloi Adam-Leo Rossi dari Perancis, 21-19, 21-12, dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Switzerland
#Kang Khai Xing-Aaron Tai
#beregu lelaki
#Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan