awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu mahu contohi Sarawak tumpu inisiatif penyimpanan karbon, ekonomi hidrogen

Bernama
Bernama
06/11/2023
20:40 MYT
Terengganu mahu contohi Sarawak tumpu inisiatif penyimpanan karbon, ekonomi hidrogen
Ahmad Samsuri mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di Kuching, semalam. - Foto Facebook Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
KUCHING: Langkah Sarawak di bawah pimpinan Premier Tan Sri Abang Johari Openg menumpukan inisiatif penyimpanan karbon serta ekonomi berasaskan hidrogen, turut menarik minat Terengganu untuk menerokai usaha berkenaan di negeri itu.
Berikutan itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kedua-dua kerajaan negeri telah bersetuju untuk bekerjasama bagi membolehkan Terengganu mendalami serta meneliti inisiatif yang digerakkan oleh Sarawak.
"Ada beberapa keadaan yang agak sama antara Terengganu dan Sarawak seperti isu penyimpanan karbon ini. Terengganu juga ada telaga minyak yang tidak digunakan dan kita ingin mempelajari usaha Sarawak.
"Saya dan Premier (Abang Johari) juga bersetuju agar wakil kerajaan negeri Terengganu dapat ke Sarawak untuk meninjau serta mendalami usaha ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di sini, semalam.
Mengulas selanjutnya, Ahmad Samsuri berkata ekonomi berasaskan hidrogen yang dipelopori Sarawak itu juga merupakan antara projek negeri dibentangkan oleh Abang Johari pada Mesyuarat Ketua-Ketua Menteri dan Menteri Besar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 24 Okt lepas.
Malah, katanya, pertemuan pemimpin kedua-dua negeri pada hari ini juga sebagai susulan terhadap mesyuarat berkenaan bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#penyimpanan karbon
#ekonomi berasaskan hidrogen
#kerjasama Terengganu-Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan