awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terkejut gajah depan mata

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2022
04:20 MYT
Terkejut gajah depan mata
Pengguna jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh di sini dikejutkan melihat kelibat seekor gajah melintas di laluan berkenaan selepas video berdurasi 22 saat itu tular di laman sosial Facebook pada Sabtu.
GUA MUSANG: Tular pada Sabtu satu video pengguna jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh di sini terkejut dengan kelibat seekor gajah melintas di laluan berkenaan.
Video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang dimuat naik oleh ISKK TV menunjukkan seekor gajah sedang melintasi laluan berkenaan dan sudah ditonton oleh 20,000 pengguna laman sosial berkenaan selain dikongsi sebanyak 101 kali oleh pengguna Facebook.
Difahamkan kejadian berkenaan merupakan kali pertama pengguna laluan itu melihat haiwan itu melalui jalan tersebut.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi pada Ahad berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Nasihat saya jika terserempak dengan haiwan itu jangan panik dan elakkan menekan hon.
"Hal ini bagi mengelakkan haiwan itu terkejut dan bertindak agresif sekal igus boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#gajah
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan