awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Aaron-Wooi Yik cemerlang, tempah slot final All England

Bernama
Bernama
07/03/2026
21:35 MYT
[TERKINI] Aaron-Wooi Yik cemerlang, tempah slot final All England
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengambil masa 42 minit untuk menumpaskan lawan mereka yang juga pasangan di ranking ke 11 dunia dengan keputusan 21-11, 21-19 pada aksi mendebarkan di Arena Utilita Birmingham. - Gambar Reuters
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghampiri gelaran Kejohanan All England 2026 selepas menewaskan pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.
Pilihan kedua kejohanan itu mengambil masa 42 minit untuk menumpaskan lawan mereka yang juga pasangan di ranking ke 11 dunia dengan keputusan 21-11, 21-19 pada aksi mendebarkan di Arena Utilita Birmingham.
Aaron-Wooi Yik memperoleh kelebihan awal apabila menguasai set pertama dalam tempoh hanya 15 minit.
Pertarungan set kedua bagaimanapun berlangsung sengit dengan suatu ketika Aaron Wooi Yik ketinggalan 15-18, namun berjaya bangkit menyamakan kedudukan 18-18 sebelum kemenangan memihak kepada pasangan nombor dua dunia itu dengan 21-19.
Menanti Aaron-Wooi Yik di pentas akhir sama ada pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae atau gandingan Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin yang akan bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Kali terakhir beregu lelaki Malaysia memenangi gelaran All England menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#all england
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#beregu lelaki
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan