awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Albert Tei ditahan reman enam hari

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
29/11/2025
04:10 MYT
[TERKINI] Albert Tei ditahan reman enam hari
Peguam Mahajoth Singh (tengah) meluahkan rasa kesal terhadap tindakan SPRM ketika penahanan anak guamnya, Albert Tei.
PUTRAJAYA: Ahli perniagaan, Albert Tei ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fatin Muneerah Sofian selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret, di sini.
Albert diwakili peguam Zaid Malek dan Mahajoth Singh.
Dalam pada itu, pada sidang media di luar mahkamah, Mahajoth meluahkan rasa kesal terhadap tindakan SPRM ketika penahanan anak guamnya.
Mahajoth berkata, pihaknya langsung tidak dibenarkan bertemu Albert sebelum prosiding bermula.
“We were not allowed at all. Kami tidak dibenarkan jumpa anak guam kami semasa di dalam mahkamah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya mengemukakan beberapa hujah utama termasuk dakwaan bahawa Albert sentiasa memberi kerjasama.
“Tiada isu tak beri kerjasama. Malah sudah ada persetujuan antara Albert dan SPRM bahawa beliau akan hadir pada 1 haribulan. Semua orang tahu perkara itu, SPRM sendiri keluarkan kenyataan. Tetapi mereka serbu rumahnya semalam dan kata beliau tak bekerjasama. Itu tidak benar,” katanya.
“Jika SPRM sendiri umum Albert akan hadir pada 1 haribulan, siapa sebenarnya yang tidak berkata benar?” ujarnya.
Menurutnya lagi, hanya selepas mahkamah membenarkan mereka berjumpa anak guam, barulah diketahui bahawa Albert disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
“Bayangkan sejak mereka hubungi dan serbu rumahnya, tiada siapa beritahu tuduhan atau seksyen siasatan. Hanya hari ini kami dimaklumkan beliau disiasat bawah Seksyen 16,” katanya.
Pada prosiding berkenaan, SPRM memohon tujuh hari reman, namun, mahkamah hanya membenarkan enam hari.
Reman terhadap Albert Tei akan berakhir pada 4 Disember bagi membantu siasatan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Albert Tei
#tahan reman
#Setiausaha Politik Perdana Menteri
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#dakwaan rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan