awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Banjir Hatyai: 36 pelajar UUM terkandas berjaya diselamatkan - Zambry

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2025
07:15 MYT
[TERKINI] Banjir Hatyai: 36 pelajar UUM terkandas berjaya diselamatkan - Zambry
Kumpulan berkenaan kini berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke penempatan sementara sebelum dibawa pulang ke Malaysia. - Gambar/ FB Zambry Abd Kadir
KUALA LUMPUR: Kesemua 36 pelajar dan dua pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir berjaya diselamatkan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Ringkasan AI
  • Kesemua 36 pelajar dan dua pensyarah UUM yang terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir berjaya diselamatkan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
  • Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke penempatan sementara sebelum pulang ke Malaysia, setelah kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar dan Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand.
  • Pelajar dan pensyarah terlibat adalah daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) dan terkandas sejak 22 Nov ketika menyertai Program Pertukaran Budaya Thai-MYS 2025 akibat banjir hebat di Hatyai.

Beliau memaklumkan kumpulan berkenaan kini berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke penempatan sementara sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
“Syukur Alhamdulillah. Kesemua mereka telah berjaya diselamatkan sebentar tadi. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Luar, Kedutaan Besar Malaysia di Thailand, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, pihak berkuasa Thailand, pasukan penyelamat tempatan serta pengurusan UUM atas koordinasi yang amat berkesan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Zambry, kerjasama pelbagai pihak memastikan operasi menyelamat berjalan lancar dan teratur meskipun keadaan cuaca buruk melanda kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Kesemua pelajar dan pensyarah terlibat adalah daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM). Mereka terkandas sejak 22 Nov lepas, ketika menyertai Program Pertukaran Budaya Thai-MYS 2025.
Banjir di Hatyai dilaporkan berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak awal minggu, menyebabkan banyak kawasan rendah termasuk di pusat bandar ditenggelami air dan menjejaskan pergerakan penduduk serta pelancong.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#pelajar UUM terkandas di Hatyai
#Zambry Abd Kadir
#banjir Hatyai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan