awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pegawai Oman gesa sekatan terhadap produk AS
Anggota udara AS yang hilang ditemui, operasi menyelamat masih berlangsung
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Exco Terengganu dihadapkan ke mahkamah hari ini

Bernama
Bernama
24/02/2026
01:29 MYT
[TERKINI] Exco Terengganu dihadapkan ke mahkamah hari ini
Seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang ditahan SPRM kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.
Seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri berumur lingkungan 60-an itu tiba di pekarangan mahkamah pada 8.13 pagi dan kelihatan beberapa pegawai dan anggota polis mula mengawal keadaan di luar dan di dalam pekarangan mahkamah memandangkan terdapat beberapa penyokong individu terbabit yang berkumpul di situ.
Pada Ahad, sumber memaklumkan, suspek disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.
Lelaki itu ditahan selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kemaman pada Ahad kerana didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 2018 dan 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Exco Terengganu
#salah guna kuasa
#SPRM
#exco kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan