awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] EXCO Terengganu ditahan SPRM

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
22/02/2026
04:41 MYT
[TERKINI] EXCO Terengganu ditahan SPRM
Seorang Exco Terengganu ditahan SPRM kerana disyaki salah guna jawatan dan kedudukan dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.
Seorang Exco Kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna jawatan dan kedudukan dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.
Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.
Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2018 dan 2020.
“Suspek yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) salah sebuah daerah di negeri itu dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai exco dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua buah anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dituduh dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Exco Terengganu
#ditahan SPRM
#adun terengganu
#anak syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan