awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama

Faida Rahim, Seth Akmal
Faida Rahim, Seth Akmal
10/01/2026
05:00 MYT
[TERKINI] Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama
Dr Mahathir dan keluarga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rawatan fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan terbaik bagi Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kecederaan tulang pinggul yang dialami selepas terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lepas.

Ringkasan AI
  • Rawatan fisioterapi tanpa pembedahan dipilih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kecederaan tulang pinggul yang dialami selepas terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lalu.
  • Keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan doktor pakar dari Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
  • Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya, sementara beliau tidak menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat buat masa ini.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff dalam satu kenyataan yang dikongsi kepada media pada Sabtu berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama doktor pakar dari Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Setelah berbincang dengan doktor-doktor pakar dari IJN, HUKM dan HKL, diputuskan bahawa rawatan fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan yang terbaik baginya.
"Mengambil kira faktor usia Tun Dr Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama," katanya.
Menurutnya, Dr Mahathir dan keluarga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.
Sementara itu, Dr Mahathir juga tidak dibenar menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat buat masa ini.
Pada 6 Januari lalu, media melaporkan, Dr Mahathir dikejarkan ke IJN sekitar jam 9.30 pagi akibat terjatuh di kediamannya.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#kecederaan tulang pinggul
#keadaan terkini Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan