awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS disokong sentimen berhati-hati
UMNO Kelantan batal rumah terbuka, sokong saranan berjimat cermat PM
Trump beri amaran kepada NATO, desak China bantu buka semula Selat Hormuz - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Malaysia kecam Israel-AS serang Iran, tuntut gencatan senjata tanpa syarat - Anwar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/03/2026
03:57 MYT
[TERKINI] Malaysia kecam Israel-AS serang Iran, tuntut gencatan senjata tanpa syarat - Anwar
Anwar berkata, tindakan ketenteraan berterusan ke atas negara berdaulat berisiko mencetuskan eskalasi lebih besar dan menggugat kestabilan serantau, sekali gus mengheret lebih banyak negara ke dalam kancah peperangan.
Malaysia mengutuk keras tindakan ketenteraan yang dilancarkan Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, yang disifatkan sebagai perbuatan biadab, melanggar prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan ketenteraan berterusan ke atas negara berdaulat berisiko mencetuskan eskalasi lebih besar dan menggugat kestabilan serantau, sekali gus mengheret lebih banyak negara ke dalam kancah peperangan.
“Sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dimulakan oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran.
"Tindakan ini jelas bertentangan dengan prinsip dunia serta ketetapan undang-undang antarabangsa,” katanya ketika membentangkan usul khas mengutuk serangan biadab dan ganas Israel dengan sokongan AS terhadap Iran di Dewan Rakyat pada Isnin.
Menurut beliau, Malaysia menyeru agar gencatan senjata tanpa syarat dilaksanakan serta-merta, selain menegaskan sebarang pertikaian wajar diselesaikan melalui meja rundingan di peringkat antarabangsa termasuk di platform PBB.
Anwar berkata, Israel terus mengingkari ketetapan antarabangsa, dengan sejarah serangan ketenteraan terhadap beberapa negara di rantau tersebut, termasuk di Iraq, Lubnan dan Syria, selain pembantaian yang berterusan ke atas penduduk di Gaza dan Palestin.
“Jika dibiarkan, serangan demi serangan ini akan berulang dari satu negara ke negara lain. Malaysia melihat keperluan kerjasama negara-negara Teluk untuk bersatu mempertahankan kebebasan dan kedaulatan rantau,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan kerajaan bertanggungjawab memastikan keselamatan rakyat Malaysia di rantau terbabit, susulan penutupan sebahagian ruang udara yang menyebabkan ramai terkandas, termasuk pelancong serta jemaah umrah.
Beliau memaklumkan seramai 29,112 rakyat Malaysia direkodkan bertugas di negara-negara terlibat, dengan jumlah tertinggi di Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jordan.
Katanya, Wisma Putra sedang memantau perkembangan dengan rapi melalui bantuan kedutaan Malaysia di negara terlibat serta akan membantu usaha membawa pulang, walaupun usaha itu berdepan kekangan susulan gangguan penerbangan.
Pada masa sama, Anwar mengingatkan masyarakat antarabangsa agar tidak melupakan nasib rakyat Palestin, khususnya apabila pintu masuk Rafah ditutup sejurus serangan bermula, sekali gus menjejaskan kemasukan bantuan makanan dan perubatan ke Gaza.
“Keadaan rakyat Palestin ketika ini jauh lebih gawat. Dunia tidak boleh terus berdiam diri,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#AS serang Iran
#Malaysia
#rundingan nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan