awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Mangsa banjir Kampung Padang Jawa masih berlindung di PPS, bimbang banjir berulang

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
25/11/2025
03:15 MYT
[TERKINI] Mangsa banjir Kampung Padang Jawa masih berlindung di PPS, bimbang banjir berulang
Kebanyakan mangsa kini menunggu keadaan cuaca benar-benar stabil sebelum kembali ke kediaman masing-masing. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Walaupun paras air banjir di Kampung Padang Jawa mula surut sekitar jam 2 pagi Isnin, ramai mangsa memilih untuk terus berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan cuaca yang masih tidak menentu dan risiko banjir berulang.

Ringkasan AI
  • Banjir di Kampung Padang Jawa surut tetapi ramai mangsa masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) disebabkan cuaca tidak menentu dan risiko banjir berulang.
  • Suasana sibuk di PPS Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 dengan 253 mangsa dari 65 keluarga serta PPS di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIS Seksyen 16 dengan 256 mangsa dari 86 keluarga.
  • Mangsa banjir utamakan keselamatan keluarga, menyebabkan gangguan ke atas persediaan SPM dan kerja-kerja pembersihan telah dimulakan seawal jam 7 pagi Selasa.

Tinjauan Astro AWANI di PPS Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 sejak jam 9 pagi mendapati suasana masih sibuk, dengan 253 mangsa daripada 65 keluarga kekal berlindung di pusat berkenaan sejak ia dibuka semalam.
Peningkatan jumlah mangsa turut memaksa pembukaan satu lagi PPS di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIS Seksyen 16, yang kini menempatkan 256 mangsa daripada 86 keluarga.
Info terkini Cuaca dan Banjir
Bagi Siti Fatimah Harun, 42, yang mempunyai tiga anak lelaki, keselamatan keluarga menjadi keutamaan berbanding pulang ke rumah dalam keadaan cuaca yang belum stabil.
“Yang penting anak-anak dulu, keselamatan mereka utama. Suami balik kemas rumah pun tak apa, saya di sini pun tidak mengapa, yang penting anak-anak selamat,” katanya ketika ditemui.
Beliau turut berkongsi bahawa salah seorang anaknya berasa kecewa kerana tidak sempat membuat ulang kaji menjelang hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akibat gangguan banjir.
Sementara itu, Nur Zaimilya Rozlin Zaimi, 27, memaklumkan kerja-kerja pembersihan di rumahnya telah bermula seawal jam 7 pagi Selasa.
“Kami cuma ada satu mesin pam air, jadi kami kongsi dengan orang kampung. Yang teruk terjejas, kita dahulukan,” katanya.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengarahkan semua Exco dan pegawai kerajaan negeri turun padang bagi meninjau keadaan mangsa banjir.
Beliau turut memaklumkan bahawa pengumuman bantuan khas akan dibuat hari ini, selain satu taklimat pengurusan bencana bagi menyelaras tindakan lapangan secara lebih sistematik.
Hujan lebat yang bermula sekitar jam 8 malam Ahad menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dinaiki air, termasuk Kampung Padang Jawa.
Kebanyakan mangsa kini menunggu keadaan cuaca benar-benar stabil sebelum kembali ke kediaman masing-masing.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan