awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] MetMalaysia keluar amaran hujan lebat berterusan hingga Sabtu ini

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2025
02:30 MYT
[TERKINI] MetMalaysia keluar amaran hujan lebat berterusan hingga Sabtu ini
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat berterusan hingga Sabtu ini. - Gambar hiasan/Sinar Harian
SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga Sabtu.
Setakat kemas kini jam 8.30 pagi ini, MetMalaysia berkata, antara yang terkesan ialah di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
"Di Pahang, hanya Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong yang terkesan.
"Untuk amaran hujan lebat berterusan (tahap waspada) pula melibatkan seluruh Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Johor hanya Tangkak serta Segamat.
"Pahang juga terkesan di daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin," kata MetMalaysia pada Khamis.
MetMalaysia memaklumkan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi.
"Talian hotline MetMalaysia, 1-300-22-1638 boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut," ujarnya lagi. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#monsun timur laut
#MetMalaysia
#hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan