awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: 31.3 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi, 85 pusat pengundian telah ditutup

Bernama
Bernama
29/11/2025
04:55 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: 31.3 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi, 85 pusat pengundian telah ditutup
Kesemua 882 pusat mengundi bagi PRN Sabah berjaya dibuka tepat pada 7.30 pagi tadi walaupun beberapa kawasan mengalami cuaca hujan. - Gambar/ Bernama
PAPAR: Sebanyak 31.3 peratus daripada 1.74 juta pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah keluar mengundi setakat 11 pagi tadi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.
Beliau berkata angka itu sedikit rendah berbanding PRN Sabah ke-16 pada 2020 yang mencatat kira-kira 32 peratus bagi waktu yang sama.
SPR katanya, turut mengekalkan unjuran awal kadar keluar mengundi kira-kira 60 peratus, berbanding 65 peratus pada PRN lepas dengan mengambil kira risiko hujan lebat.
Selain itu, Ramlan berkata kesemua 882 pusat mengundi bagi PRN Sabah berjaya dibuka tepat pada 7.30 pagi tadi walaupun beberapa kawasan mengalami cuaca hujan.
"Berdasarkan maklumat yang kita terima, ada beberapa kawasan yang hujan, tetapi keadaan itu tidak menghalang pengundi keluar (menunaikan tanggungjawab mereka)," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kawang di sini hari ini.
Ramlan berkata komitmen petugas di lapangan serta persiapan rapi membolehkan proses pengundian berjalan lancar dan hujan di beberapa kawasan tidak menjejaskan semangat pengundi untuk mengundi awal.
IKUTI KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI DI LAMAN WEB KELOLAAN ASTRO AWANI DI SINI!
BACA LAPORAN KOMPREHENSIF, CALON TUMPUAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH
Selain itu, beliau berkata SPR akan membawa keluar kertas undi dari 85 pusat mengundi di kawasan terpencil seperti pulau dengan menggunakan helikopter bagi mengelakkan kelewatan.
"Pusat-pusat mengundi tersebut ditutup pada 12 tengah hari kerana mempunyai jumlah pengundi kurang daripada 100 orang.
"Kita sudah belajar daripada pengalaman. Sama-sama kita berdoa mudah-mudahan kita dapat terima keputusan menjelang tengah malam," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Keputusan PRN Sabah
#peratusan keluar mengundi
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan