awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia

Bernama
Bernama
04/04/2026
02:56 MYT
[TERKINI] Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia
Bekas presiden MCA, Tun Dr Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun pagi tadi.
Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, 83, meninggal dunia pagi ini.
Perkara itu disahkan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Kami menerima berita sedih mengenai Tun Dr Ling yang meninggal dunia hari ini. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Liong Sik dilahirkan pada 13 September 1943 di Kuala Kangsar, Perak.
Beliau mendapat pendidikan awal di King Edward VII School, Taiping sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi serta memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada University of Singapore pada 1966.
Memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum aktif dalam politik dengan menyertai MCA pada 1968, Liong Sik mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Ong Ee Nah, serta dikurniakan dua anak lelaki, Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.
Beliau turut menyumbang kepada pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebagai pintu masuk utama negara.
Dalam parti, beliau merupakan Presiden keenam MCA dan berkhidmat dari 3 September 1986 hingga 23 Mei 2003 sebelum dilantik sebagai Presiden Kehormat Seluruh Hidup pada 13 Jun 2003.
Sepanjang tempoh kepimpinan, Liong Sik memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan MCA dalam Barisan Nasional serta landskap politik negara.
Selain itu, mendiang turut aktif dalam bidang pendidikan dan korporat termasuk sebagai Canselor Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta Pengerusi Kolej Tunku Abdul Rahman.
Pada 2004, beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun. - Bernama
Topic Berkaitan
#bekas presiden MCA
#Liong Sik
#meninggal dunia
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan